Monday, December 14, 2009
goodbye 2009
pejam celik, pejam celik...rupa-rupanya...banyak masa telah berlalu...
aku juga dah melalui pelbagai kisah dan cerita-cerita dalam tahun ini...
kalau aku ceritakan pun..(takde maknanye...)..hehe...apa-apa pun...semuanya...
boleh aku simpulkan sebagai pengalaman dan erti hidup...No pain no gain...
bila kita dah lalui sesuatu yg sukar...percayalah..kita akan jadi lebih tabah..
Allah swt tidak akan memberikan sesuatu ujian itu kepada kita sekiranya Dia
tahu kita tidak mampu menghadapinya...
Kita menghampiri akhir tahun untuk 2009....akan datang 2010...Insya-Allah..
selagi bumi dan planet2 masih berputar pada paksinya...selagi matahari masih menyinarkan
cahayanya...selagi Allah swt memberikan aku nafas ini...aku akan meneruskan penulisan blog.Insya-Allah..semuanya masih dalam perancangan....Aku bercadang untuk membuat blog
berbentukkan maklumat tentang sesuatu..insya-Allah...
Okay...Semoga setiap saat yg bakal kita lalui, setiap detik yang bakal kita hadapi...setiap hari yang bakal kita tujahi..akan menjadi lebih baik daripada setiap masa yang telah berlalu.... semoga diri kita akan menjadi insan yang lebih 'super' untuk tahun 2010...amin...;-) SaLam blogging ~~
Posted by shee wanie at 12:01 AM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
Kejadian 999...9 haribulan 9,2009...
...................................................................Selama 16 tahun sudah hidup,ini lah kali pertama saya
melihat dan mengalami sendiri kejadian seperti ini.......................................................................
Kejadian ini berlaku pada hari Rabu.. pada jam 3.29 petang hujan mula turun,dan diikuti deruan angin yg semakin lama semakin kuat kedengaran..Saya dan rakan2 baharu keluar dari makmal biology selepas membuat pembentangan.....Kmi ingin naik ke kelas,dan tiba2 angin bertiup kencang...dan semakin kencang..sya berpegang pada pintu grill di kelas kerana dapat merasakan diri tergerak ditiup angin...Pada masa itu,hanya Tuhan yang tahu,bagaimana ketakutan dalam diri,terfikir akan kematian..Terimbas muka2 ahli keluarga,dan pada masa itu..saya sngt memerlukan mereka.. Namun,alhamdulillah...bukan seburuk yang disangka. .....Ada hikmah disebalik kejadian..... Saya sempat mengambil beberapa keping foto selepas kejadian ribut tersebut...Kemusnahan yg berlaku di kawasan perumahan saya...POkok patah...pertama
POkok tumbang...kedua
pokok ketiga yg tumbang.....hujung sana ..
Jiran2 kecoh..keluar dari rumah..
Stall berger....tumbang,...
atap biru tersebut juga tertanggal...
jiran 2 buah rumah dari sebelah kanan....
Ada rumah turut roboh....
Subhanallah...
Alhamdulillah..................
tiada nyawa terkorban..
hanya harta benda yang musnah..
kerana ditakdirkan Tuhan...
dalam kejadian ada hikmah...
Sebagai amaran...
Renung-renungkan lah....
Ini hanya sedikit..
tidak mustahil lain kali akan
lebih hebat dari ini..
Nauzubillah....
( dipos oleh zee theerah )
Posted by shee wanie at 12:07 AM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
hari yang bosan + tak tahu nak fikir apa !!
aku terpaksa juga keluar dari rumah pada hari ini..memang terasa janggal hendak melangkah kerana jarang keluar...duniaku hampir semuanya berkisar di dalam rumah sahaja sepanjang selepas tamat persekolahan..duduk depan komputer,internet, televisyen,'sms',belajar,makan...bosan kan..aku terpaksa jua hadapinya sehinggalah aku sendiri melepasi satu tahap yang membolehkan aku 'bebas' dari semua ini..namun apabila sudah berada jauh daripada keluarga, 'homesick' pula yang akan menjelma...lumrah...
walaupun hujan rintis-rintis namun masih tidak dapat melenyapkan rasa panas & jerebu yang dialami bagi keseluruhan negeri sarawak amnya..aku mengunjungi rumah guru pengajian am & bahasa malaysiaku semasa aku menjadi penuntut pra-u...belum lagi menjadi penuntut U...rasa seperti kecurigaan hendak menarik nafas kerana tidak menggunakan topeng..namun aku gagahi juga... aku mendapat tahu kes h1n1 di sekolah berdekatan sebanyak empat orang yang disyaki mempunyai virus tersebut...wallahualam..semoga 'junior2' ku itu cepat sembuh..amin..
pada pandangan aku, ada hikmahnya disebalik masalah2 global yang sedang kita hadapi sekarang...mungkin ianya sebagai peringatan daripada Allah swt kepada umat-Nya...wallahualam...
Yaasin....insya-Allah...apabila kita bermohon kepada Nya, nescaya Dia mendengarnya...
Posted by shee wanie at 7:31 AM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
aku kembali menulis..
menyedari hakikat diriku 'sunyi' aku mengambil keputusan untuk kembali menghasilkan penulisan dalam arena 'blogging' ini..ini sebagai tugasan sampinganku..tugasan pertamaku, untuk mengukuhkan lagi pembelajaran...stpm 2009 yang akan aku hadapi tahun ini..untuk kali yang kedua...aku tak kisah..;-)..
disebabkan aku terpaksa melepaskan peluang yang uitm telah beri padaku setelah rayuan kemasukan ke ipta kulakukan..walaupun guru-guru tempatku bertanya mencadangkan untuk mengambil sahaja jurusan tersebut...namun banyak perkara yang aku perlu fikirkan terutama selepas aku dapat 'degree' jurusan yang ditawarkan itu..
ikut hati..memang aku minat..disebabkan di zaman sekolah aku memang aktif dengan kegiatan pengacaraan dan menguruskan majlis2 seperti hari guru dan sebagainya sebagai 'assistant' cikgu-cikgu...mengambil kira permintaan keluarga aku membatalkan juga hasrat tersebut..namun aku memikir panjang2 dan insya-Allah ada hikmahnya...suatu perancangan dalam mindaku...>>> perkara ke-2 yang berlaku pula...aku asyik memikirkan langkah demi langkah urusan jual beli internet ini...terpengaruh dengan bekas rakan sekelasku...asyik2 seolah-olah satu daun yang berserabut seperti dalam cerita dongeng inggeris, 'rapunzel' dan mana2 yang berkaitan dengan istana...daun2 dan tumbuhan berjuntai2 itu seakan-akan hendak mempengaruhiku...apa yang perlu aku lakukan pula ialah untuk menyusun juntaian daun tersebut dan mengikuti arah dan iranya..rumit bukan..tapi memang itulah hakikatnya sekarang..
Posted by shee wanie at 10:36 AM 0 comments
